Saturday, February 27, 2010

sabar?

Bismillah,

Assalamualaikum,

ali (bukan nama sebenar) tengah berjalan-jalan di pusat membeli-belah midvalley. tiba-tiba seorang pakcik tua terlanggar ali.

ali pun mula melenting


"pak cik~ tak nampak ke saya berjalan tadi? pakcik ni kurang ^%$^&% kot..knapalah &^%%^%$$ macam @#$*&^%$ betul.. haish! nasib baik saya tengah sabar nih."


toing~ apakah deifinisi sabar bagi anda? kalau dilihat dari cerita tadi tu sangatlah tak logik ali itu tengah sabar...dah lepas segalanya baru sabar~

samalah seperti kita..apabila penat lepas hantar assignment, tiba-tiba lecturer bagi kerja baru..kita pun membebel2....
"knapalah bagi kerja ni? kan baru hantar tadi..dah dapat kerja baru *^%$^$...tapi tak pe...sabar~"



maka bernilaikah sabar kita p
ada masa itu??

lepas geram, keluar segala ngomelan, keluar segala komen2..baru nak bersabar..


bersabar rupanya jauh lebih susah dari yang disangkakan...kebanyakan kita merasakan bahawa kita sudah sabar..padahal sebelum tu dah buat curahan hati..huhu...

termasuklah org yg tgh menaip nih~


maka..mari bersama-sama kita belaja untuk bersabar..
yes~ sangat susah sebenarnya...
bila apa-apa musibah atau ujian terjadi..perkara pertama yg perlu disebut "sabar~"

wallahua'lam..^^

1 comment:

  1. mungkin kalau ali tak sabar,dia da hempuk pakcik tu.boleh kira sabar tak?

    ReplyDelete