Sunday, February 21, 2010

Rasulullah~ we l0ve you...

Bismillah...

Assalamualaikum.


Sebaik-baik contoh untuk kita ikuti adalah Rasulullah s.a.w. insya-Allah saibah kan share this story to all. ^^ kalau udah pernah dengar, jadikanlah ianya sebagai tazkirah 'revisited' about Rasulullah's love for his ummah, insya-Allah ^^ [petikan dari www.iluvislam. com]


Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahukan kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran rohmu."
Berkata Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul
maut?"

Anas bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku, umatku."

Walau berapa banyak kali pun cerita ini didengari, air mata akan tetap mengalir..bertapa sayangnya Rasulullah pada umatnya... sudah layakkah kita mengaku menjadi umat Rasulullah? sejauh manakah kasih sayang kita pada Rasulullah? sejauh manakah sunnahnya yang sudah kita ikuti?

Kalaupun tidak dapat kita meneladani beliau seratus peratus, alangkah
baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai
dari apa yang kita sanggup melakukannya.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah s.w.t juga Hari Akhirat serta yang banyak mengingati Allah”

(Al-Ahzab:21)


[100% backed at me too, hve i done enough? T_T]

No comments:

Post a Comment